+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

Puncak Alam, 8 Mac – Pengurusan Tertinggi Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Salleh, Pengarah Urusan telah melakukan lawatan ke pejabat TRIplc dan UiTM Kampus Puncak Alam yang merupakan projek syarikat tersebut. TRIplc yang kini menjadi salah satu ahli keluarga PNHB dijangka dapat melonjakkan sektor pembinaan Puncak Niaga.

Dalam lawatan tersebut, delegasi telah diberikan taklimat oleh YBhg. Dato’ Yusuf Badawi, Pengarah Urusan TRIplc mengenai operasi TRIplc dan projek-projek terkini yang sedang dilaksanakan.

Delegasi seterusnya telah dibawa melawat ke tapak projek pembinaan Hospital Puncak Alam sebelum membuat kunjungan hormat kepada Pengurusan UiTM Puncak Alam.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Zainal Abidin turut menyampaikan bantuan kewangan (zakat) kepada beberapa orang kakitangan TRIplc dan Semarak Niaga yang layak untuk meringan beban kos sara hidup mereka.