+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

Puncak Alam, 29 Mei 2020 – TRIplc Berhad dengan kerjasama Hospital Andorra Women & Children telah mengambil inisiatif untuk membuat ujian Covid-19 kepada semua pekerja di tapak projek pembinaan Hospital UiTM Kampus Puncak Alam.

Proses ujian yang bermula pada jam 9.30 pagi ini melibatkan seramai 122 orang pekerja di tapak pembinaan iaitu seramai 28 orang kakitangan pejabat tapak projek termasuk kontraktor dan 94 orang pekerja warga negara asing.

Inisiatif ini merupakan sokongan kepada usaha pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan TRIplc Berhad turut serta memantau proses ujian Covid-19 pada hari ini. Menurut beliau ketika memberikan penerangan kepada wakil pihak Polis daripada IPD Sg. Buloh yang memantau pematuhan SOP di tapak-tapak projek, ujian ini akan diteruskan lagi kepada semua pekerja di tapak projek melibatkan lebih 1,000 orang pekerja termasuk lebih 700 orang pekerja bukan warga negara.

Pihak Polis juga berpuas hati dengan proses yang berjalan dan pematuhan SOP oleh pihak TRIplc Berhad.

Sementara itu, ketika ditemubual, En. Mohd Firdaus Abd. Rahman, Penolong Jurutera, Bahagian Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Kampus Puncak Alam berpuas hati dengan proses yang berjalan pada hari ini.

Seramai 14 orang pegawai perubatan dan kakitangan Hospital Andorra yang dibantu oleh 12 orang Skuad HSSE TRIplc Berhad telah terlibat untuk menjayakan proses ini.