+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

Pada 1 Julai 2022 HUiTM menerima lawatan kerja Kementerian Pengajian Tinggi bersama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM). Rombongan seramai 33 orang telah diketuai oleh Puan Azlinda Azman, SUB (P) Bahagian Pembangunan KPT dan turut disertai oleh Tuan Hj. Kamaruzaman Mahmood, SUB (W), Puan Amirthavalli A/P A.V. Muthiah, Bahagian Pembangunan Modal Insan KPP (UPE, JPM), En John Patrick Antonysamy, TKP (Pembangunan II) dan En Abdul Jalil Jamadil Akhir (UKAS, JPM) dan Puan Foo Sook Fuang, Belanjawan Negara KPP (Kementerian Kewangan).

Hadir sama mengalu-alukan delegasi ialah Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr Haji Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah HUiTM, Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan Puncak Niaga Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Ts. Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan TRIplc , Pengurusan HUiTM, Ketua-ketua Jabatan dan wakil dari Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII ) UiTM.

Fokus utama lawatan kerja ini adalah untuk membincangkan status semasa pelaksanaan projek, perancangan pembangunan masa depan dan perkembangan terkini dalam perkhidmatan yang disediakan oleh HUiTM. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah hospital tersebut turut berkongsi aspirasi HUiTM yang mengorak langkah untuk menjadi Hospital Pengajaran Premier dan memangkin pembangunan “Bandar Perubatan” bagi wilayah utara Selangor.

Rombongan turut dibawa melawat kemudahan di HUiTM antaranya Wad Kanak-Kanak, Jabatan Psikiatri, Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Pemulihan, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak serta Nefrologi dan Dialisis.